Akaun korporat ialah langganan yang memberikan anda diskaun untuk restoran-restoran terbaik kami serta faedah eksklusif di aplikasi foodpanda. Selain itu, pemilik akaun korporat juga mempunyai akses servis khidmat pelanggan khusus untuk pampasan segera jika pesanan gagal dan mempunyai pesanan berkumpulan (tidak boleh digunakan di rider app ataupun pandashop)
pandapro ialah program langganan yang membolehkan anda menerima tawaran dan faedah eksklusif untuk makanan dan juga barangan runcit di aplikasi foodpanda (tidak boleh digunakan di rider app ataupun pandashop)
Berita baik untuk semua penunggang foodpanda, kali ini anda akan diberikan akaun korporat secara PERCUMA! Untuk memastikan proses ini berjalan dengan lancar anda perlu mengemaskini emel anda dengan tepat.
Khas untuk semua penunggang foodpanda yang aktif termasuk yang baru sertai kami, aktifkan akaun korporat anda dengan cepat! Tambahan pandapro secara AUTOMATIK dan PERCUMA selama 12 bulan !
Jika emel yang tertera di atas adalah tidak tepat, sila klik pada FAQ dibawah dan isi pada borang yang tertera.
Anda boleh lihat di inbox emel dan cari emel dari “corporate@foodpanda.com” anda (Pastikan emel yang anda berikan adalah betul) dan klik pada butang “Accept Now” untuk aktifkan akaun korporat.
(Pastikan anda menyemak emel di bahagian ‘Spam’ atau ‘Promotions‘ )
*anda boleh kemukakan tiket sekiranya anda masih tidak menerima emel tersebut.
Sila isikan borang ini dan berikan kami emel yang betul.
https://forms.gle/Cx8BSUWZcL6sexoV9
Jika anda BARU menyertai foodpanda (newbie) :
Ia akan mengambil masa 1-2 hari untuk kami menyediakan akaun korporat anda dari hari anda menyertai foodpanda. Seterusnya, anda perlu mengaktifkan akaun korporat seperti contoh emel di atas.
Untuk langganan pandapro ia boleh mengambil masa sehingga 5 hari. Setelah langganan pandapro diaktifkan, anda akan menerima emel pengesahan.
Caj penghantaran percumaa adalah sehingga RM4 apabila jumlah pesanan anda melebihi RM 25, atau anda telah melebihi bilangan penghantaran percuma setiap bulan
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Anda diberi pilihan untuk menggunakan akaun personal / sendiri atau akaun korporat. Di akaun korporat anda sudah mempunyai pandapro (Percuma selama 12 bulan untuk newbie )
Anda tidak akan menerima akaun korporat (foodpanda hero) dan pandapro daripada foodpanda
Kuota penghantaran percuma anda tidak akan dikurangkan sekiranya terdapat pembatalan pesanan
Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa dan pembatalan akan berkuat kuasa pada tarikh pembaharuan (12 bulan setelah ID diaktifkan).
Untuk membatalkan langganan anda, pergi ke akaun anda di bawah “My subscription” dan klik pada “I would like to unsubscribe”. Sebaik sahaja anda membatalkan langganan anda, anda masih boleh terus menggunakan langganan pandapro anda sehingga tamat tarikh pembaharuan yang seterusnya.
© Copyright foodpanda Rider 2023