Bamboo Rewards Baharu akan dilancarkan pada 4 November 2025 dan kitaran pertama akan berlangsung dari 4 Nov 2025 hingga 31 Disember 2025. Ketahui apa yang menarik melalui pembaharuan ini!
Rujuk Peringkat (Tier) & Jumlah Token Secara Langsung
Status Jumlah Token anda kini dikemas kini secara langsung setiap kali anda menyiapkan penghantaran — jadi anda sentiasa tahu kedudukan Tier anda.
Tebus Ganjaran Secara Lebih Mudah
Nikmati ganjaran yang lebih cepat ditebus dan lebih mudah diakses — serta semua faedah anda (seperti diskaun, baucar, dan banyak lagi) di satu tempat.
Pengalaman Bermain (Gamified)
Naik tier hanya dengan melakukan penghantaran harian anda. Setiap tier membuka ganjaran dan keistimewaan yang lebih hebat, memberikan anda semangat tambahan untuk terus maju!
Kitaran Semula = Peluang Baharu
Nota: Kitaran semasa berlangsung dari 4 Nov 2025 hingga 31 Dis 2025.
Untuk rider sedia ada Bamboo Rewards Baharu akan muncul di skrin paparan anda secara automatik.
Rider baharu ikut langkah dibawah:
Rider app > Ganjaran > Klik pada “Join Bamboo Rewards” untuk mulakan!
Rujuk gambar diatas untuk mengetahui perbezaan sebelum dan selepas.
Kini anda boleh melihat status tier anda dikemas kini secara langsung, tanpa perlu menunggu sehingga akhir kitaran.
Penebusan baucar juga dibuat terus dalam aplikasi rider, jadi anda boleh menuntut ganjaran serta-merta tanpa sebarang kelewatan.
“Points” kini dirujuk sebagai “Token” dalam sistem baharu.
Sistem Tier yang baharu hanya mengira “pesanan yang berjaya disiapkan” untuk menambah token, yang secara langsung menyumbang kepada kemajuan tier anda dan membantu anda naik ke tahap ganjaran yang lebih tinggi.
Bamboo Rewards Baharu mempunyai 4 tier, iaitu Bronze, Silver , Gold dan Diamond . Anda boleh rujuk jadual di atas untuk jumlah token diperlukan mengikut kawasan untuk kenaikan peringkat ‘Tier’.
Kedudukan Tier dan Jumlah Token diperlukan adalah berbeza mengikut kawasan.
Jika anda masih tidak nampak skrin Tiers Bronze selepas jam 11:00 pagi pada 4 November 2025:
Pasang semula aplikasi rider anda dan semak semula.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti, rujuk platform rasmi: https://pandariders.my/bamboo_rewards/
Penambahan token hanya mengira “pesanan yang telah disiapkan” untuk peningkatan tier.
Bagi isu lain, buat tiket dan sertakan tangkapan skrin (screenshot) supaya kami dapat bantu semak.
Untuk buat tiket: Rider app > Rider Support
Untuk kitaran kali ini, ia akan bermula pada 4 November dan berlangsung sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
Anda boleh melihat status tier semasa dan kemajuan anda secara langsung dalam aplikasi di bawah tab Rewards.
Antara muka (UI) akan memaparkan bar kemajuan atau penunjuk visual lain yang menunjukkan sejauh mana anda hampir mencapai tier seterusnya, menjadikannya mudah untuk anda menjejak kemajuan dan menyasarkan ganjaran yang lebih tinggi!
Semua faedah dan ganjaran yang tersedia akan dikumpulkan dalam satu bahagian yang mudah diakses di dalam tab Rewards dalam aplikasi rider, memudahkan anda untuk melihat segala yang telah anda perolehi.
Selepas anda tebus kupon ridershop. Ikuti langkah-langkah dibawah.
Bagi isu lain, buat tiket dan sertakan tangkapan skrin (screenshot) supaya kami dapat bantu semak.
Untuk buat tiket: Rider app > Rider Support
Berkenaan token anda yang dikira semula selepas menukar bandar:
Token dikira secara berasingan mengikut bandar pendaftaran rider.
Apabila berlaku pertukaran bandar, token asal anda akan dikemaskini semula kepada sifar dan akan dikira semula di bandar baharu.
Kini anda tidak perlu menunggu untuk mengumpul token sedia ada. Setelah jumlah token anda cukup untuk kenaikan tier anda akan automatik layak untuk menebus baucar dan ganjaran tersedia di setiap tier.
Hanya pesanan yang lengkap memberi anda 1 Token untuk kemajuan peringkat (Tier).
Kitaran semasa berlangsung dari 4 Nov 2025 hingga 31 Dis 2025. Jika anda gagal menebus ganjaran anda tiada peluang kedua akan diberikan!
© Copyright foodpanda Rider 2023