Bantuan Khas Covid-19

Syarat-syarat kelayakan :

  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19

  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital ekoran COVID-19.

Pemohon yang tidak layak :

  • Bukan Warganegara Malaysia

  • Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian

  • Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital ekoran COVID-19.


Kadar Bantuan :

  • RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 / menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19

  • Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19

  • Tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Kadar Permohonan :

Sediakan semua Dokumen

– Dokumen KKM
(Salinan Diakui Sah)
i. Bagi pemohon yang di bawah perintah perintah pengawasan dan pemerhatian
a. Salinan Borang Perintah Pengawasan dan pemerhatian bagi kontak covid-19 yang disahkan oleh KKM
b. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19

ii. Bagi pemohonan yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19
a. Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19

Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang)
(Salinan Diakui Sah)

Salinan penyata bank/ muka depan buku akaun
(Salinan Diakui Sah)

Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A)

Borang Akaun Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)

Surat Perwakilan Kuasa (Lampiran C)
*Jika tiada akaun bank

Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat :-

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Pengesahan Jawatankuasa Semakan dan Sekretariat KWABBN

[Peraku]

Kelulusan KP NADMA

Pembayaran oleh Seksyen Kewangan NADMA kepada pemohon yang layak

– Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT)
– Dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap

Sila kunjungi ke laman web NADMA untuk ketahui lebih lanjut mengenai Bantuan Khas Covid-19:
http://www.nadma.gov.my/