Bekal by foodpanda

Mengapa foodpanda membuat keputusan untuk mengoptimumkan perkhidmatan bekal?

Berdasarkan penilaian dalaman bisnes, kami akan menstruktur semula strategi dengan mengekalkan bekal by foodpanda secara eksklusif di Perlis bermula April 2025. Dengan mengoptimumkan perkhidmatan bekal by foodpanda di Perlis sahaja bagi memperkemas operasi penghantaran kami. Dengan mengoptimumkan rangkaian penghantaran, kami dapat memastikan penghantaran yang lebih pantas, akses vendor yang lebih meluas, serta pematuhan berterusan terhadap standard keselamatan makanan yang ketat.
Bagi rider, ini bermakna anda akan mendapat akses kepada lebih banyak vendor dan peluang penghantaran — sekaligus membuka lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan sambil mengekalkan mutu perkhidmatan yang cemerlang.

Apakah modul kerja baharu untuk rider?

Tiada perubahan untuk rider di Perlis. Anda boleh terus menggunakan setup Bekal sedia ada kerana operasi Bekal oleh foodpanda akan kekal aktif di Perlis.
Jika anda merupakan sebahagian daripada fleet General, tiada tindakan diperlukan — anda boleh terus bekerja seperti biasa.
Rider di luar Perlis akan dibahagikan kepada dua fleet berasingan:


Specialised fleet (sebelum ini dikenali sebagai fleet bekal) – Hanya mengambil pesanan daripada vendor yang diperakui halal dan vendor yang tidak menyajikan daging babi, lemak babi, dan/atau alkohol. Rider akan diberikan satu beg termal berlabel “H” dan satu lagi beg termal tanpa label.

General fleet – Mengendalikan pesanan daripada vendor yang tidak menyajikan daging babi, lemak babi, dan/atau alkohol, serta pesanan umum (tidak halal). Rider akan diberikan satu beg termal tanpa label dan satu beg terma umum berlabel “NH”.

Perubahan ini tidak menjejaskan peranan atau waktu kerja anda. Setelah menerima beg baharu, anda boleh terus membuat penghantaran seperti biasa. Kemaskini ini bertujuan untuk meningkatkan peluang penghantaran sambil memastikan pemisahan makanan yang betul.

Namun, penukaran beg adalah wajib bagi semua rider Bekal kecuali di Perlis.
Jika anda merupakan sebahagian daripada fleet General, tiada tindakan diperlukan — anda boleh terus bekerja seperti biasa.

Apa yang perlu saya lakukan sekarang?

Jika anda adalah sebahagian daripada rider bekal by foodpanda, anda perlu menukar beg sedia ada kepada set beg rider yang baharu bersama dengan beg dalaman selaras dengan ketetapan fleet baharu. Kegagalan untuk berbuat demikian sebelum tarikh akhir yang ditetapkan boleh menyebabkan anda digantung atau dikeluarkan daripada Specialised fleet.

Tiada perubahan untuk rider di Perlis, anda boleh terus menggunakan setup bekal sedia ada kerana operasi bekal oleh foodpanda akan kekal aktif di negeri ini.

 

Jadual Penukaran Beg

Makluman Penting:

  • Maklumat lokasi dan alamat hub akan diberikan semasa anda membuat pesanan untuk beg baharu.
  • Rider yang menukar beg mereka pada minggu pertama akan menerima insentif RM100, manakala mereka yang menukarnya pada minggu kedua akan menerima RM50.
  • Semua beg bekal wajib ditukar ke beg baharu. Rider juga tidak dibenarkan menggunakan uniform bekal selepas ini.

Semua beg dan uniform mesti berwarna pink foodpanda selaras dengan piawaian fleet.

Jika anda adalah rider bagi General fleet, tiada tindakan diperlukan — anda boleh terus bekerja seperti biasa.

Adakah ketetapan baharu ini akan menjejaskan pendapatan saya?
Adakah ketetapan baharu ini akan menjejaskan pendapatan saya?
Tidak, ketetapan ini diperkenalkan bagi membuka lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan. Dengan mengoptimumkan rangkaian penghantaran kami, anda akan mendapat akses kepada lebih banyak vendor dan pelbagai tugasan penghantaran. Ini memastikan lebih fleksibiliti dan potensi pendapatan yang lebih tinggi sambil mengekalkan standard perkhidmatan yang cemerlang.

Apa akan berlaku sekiranya  bekas rider bekal tidak menukar beg atau memasang stiker?
Sebagai sebahagian daripada sistem fleet yang baharu, beg anda mesti mempunyai stiker yang sesuai untuk mengenal pasti penugasan fleet anda. Bekas rider bekal yang tidak mengemas kini beg penghantaran atau memasang stiker yang diperlukan mungkin akan dikeluarkan daripada Specialised fleet. Ini boleh menyebabkan kurang peluang penghantaran untuk pesanan halal atau pesanan daripada vendor yang tidak menyajikan daging babi, lemak babi, dan/atau alkohol.

Apakah kegunaan sticker dan apakah fungsinya?
Sticker ini adalah untuk pengunaan sementara sahaja, untuk rider yang mengalami situasi kecemasan serta tidak dapat hadir untuk penukaran beg. Situasi seperti berikut;

  • Kematian dalam keluarga  
  • Masalah kesihatan yang serius  
  • Kemalangan  
  • Kecacatan sementara yang menghalang anda daripada datang ke pusat penukaran  

Jika anda tidak berada dalam mana-mana situasi di atas, anda mesti mengutamakan untuk membuat pesanan melalui Shopify dan hadir ke pusat pengambilan dan menukar beg secara segera pada tarikh yang ditetapkan bagi negeri anda.

  • Untuk rider Bekal (selain Perlis): Penukaran beg adalah wajib.  
  • Untuk rider general: Ini tidak terpakai kepada anda.

Sticker akan dihantar terus ke alamat anda bersama arahan jelas tentang cara penggunaannya. Sila pastikan anda mengikuti panduan dengan teliti dan memastikan logo Bekal sedia ada pada beg anda ditutup sepenuhnya dengan pelekat.

Peringatan penting: Penggunaan pelekat hanyalah langkah sementara. Anda masih diwajibkan untuk menukar beg Bekal dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi negeri anda. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penggantungan daripada platform.


Sebagai sebahagian daripada sistem fleet yang baharu, beg anda mesti mempunyai stiker yang sesuai untuk mengenal pasti penugasan fleet anda. Bekas rider bekal yang tidak mengemas kini beg penghantaran atau memasang stiker yang diperlukan mungkin akan dikeluarkan daripada Specialised fleet. Ini boleh menyebabkan kurang peluang penghantaran untuk pesanan halal atau pesanan daripada vendor yang tidak menyajikan daging babi, lemak babi, dan/atau alkohol.

Lokasi Penukaran Beg GDEX

Tidak. Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 300 points dan berada di tier Bronze Panda untuk layak menebus ganjaran.