Ciri Peningkatan Terbaru

Kami telah menerima cadangan anda – bayaran jarak untuk setiap order akan dilancarkan tidak lama lagi!

Untuk pengalaman yang lebih baik untuk anda sebagai rider foodpanda, aplikasi panda rider anda akan mempunyai ciri-ciri terkini

  • Mulai 16hb Jun 2020 untuk rider yang berada di Sabah
  • Mulai 30hb Jun 2020 untuk rider yang berada di Pahang, Kuching dan Miri
  • Mulai 28hb Julai 2020 untuk rider yang berada di Perlis, Kelantan, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Kedah dan juga SEMUA rider baru di Lembah Klang.
  • Mulai 11hb Ogos 2020 untuk rider yang berada di Johor.
  • Mulai 18hb Ogos 2020 untuk rider yang berada di Lembah Klang.

1. Bayaran

Kini, anda boleh menjana pendapatan yang lebih tinggi berdasarkan usaha yang anda lakukan.

Jarak, lokasi dan masa untuk anda menghantar pesanan juga boleh dilihat dengan jelas

2. Pendapatan Untuk Setiap Order

Anda boleh lihat jumlah bayaran untuk pesanan tersebut sebelum menerimanya

3. Skrin Menerima atau Menolak Order

Anda boleh membuat pilihan untuk menerima atau menolak pesanan. Butang “decline” disebelah penjuru kanan.

FAQ

Ya, anda tidak akan di ‘pause’ apabila anda menolak pesanan. Tetapi, ia akan menjejas kadar penerimaan pesanan / “Acceptance Rate” anda. Jadi, sistem pemarkahan dan batch anda juga akan terjejas.

Pemarkahan anda akan terjejas jika anda terus menolak order, sebab kadar penerimaan order adalah salah satu komponen yang menentukan ‘batch’ anda. Semakin banyak order yang diterima, semakin tinggi kadar penerimaan order anda.

Ya, amaun yang tertera di skrin aplikasi anda adalah tepat dengan bayaran yang anda akan dapat untuk pesanan tersebut.

Anda akan dapat lihat jumlah bayaran yang meliputi semua aspek pesanan termasuk bayaran jarak untuk penghantaran tersebut.