gogiggers24

Go Giggers 2024 - Program Literasi Kewangan

AKPK for a Better Tomorrow

Program yang bermula pada Julai 2024 dan kemudian dilancarkan pada 6 September 2024 mensasarkan golongan pekerja gig, khususnya penghantar makanan bermotosikal (riders) foodpanda bagi membimbing mereka dalam pengurusan hal-ehwal kewangan dengan lebih berhemat.

Program Literasi Kewangan GoGiggers 2024 dilaksanakan khusus untuk memperkasa rakan riders foodpanda mengenai literasi kewangan dengan melengkapi mereka dengan kemahiran pengurusan kewangan yang penting bagi menambah baik kesejahteraan kewangan

Program ini bertujuan untuk mengubah landskap kewangan pekerja industri gig, dengan membekalkan mereka dengan ilmu literasi kewangan yang praktikal, memupuk tabiat menyimpan secara konsisten, serta kesedaran terhadap aktiviti penipuan kewangan

Memperkasa Riders dengan Literasi Kewangan!

Melengkapkan rakan penghantar foodpanda dengan kemahiran pengurusan kewangan – merangkumi penyediaan bajet, simpanan kecemasan dan perancangan persaraan.

Bahan Pembelajaran yang Menarik.

AKPK telah memperkenalkan bahan pembelajaran yang interaktif seperti diari kewangan dan alat pembelajaran berasaskan permainan (gamifikasi) untuk mendorong riders mengamalkan tabiat kewangan yang positif. 

Kolaborasi Strategik dengan Impak Positif.

Kerjasama antara AKPK, foodpanda (Delivery Hero Malaysia), dan Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menetapkan penanda aras baharu dalam usaha memperkasa pekerja gig melalui perkongsian awam-swasta. Kejayaan program di Lembah Klang telah mendorong rancangan untuk meluaskan program ini ke seluruh negara, termasuk Borneo 2.0, demi memastikan lebih ramai pekerja gig mendapat akses kepada pendidikan kewangan dan kestabilan jangka panjang.

Soalan Lazim (FAQ)

Inisiatif kerjasama antara AKPK, foodpanda (Delivery Hero Malaysia), dan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang bertujuan untuk memperkasakan rider foodpanda dengan ilmu dan kemahiran literasi kewangan.

Program ini terbuka kepada rakan penghantar (riders) foodpanda yang ingin belajar cara mengurus kewangan dengan lebih bijak dan membina masa depan kewangan yang lebih stabil.

Peserta akan:

Mempelajari asas pengurusan kewangan
Membangunkan tabiat menyimpan secara konsisten
Didaftarkan ke skim KWSP (caruman sukarela) dan PERKESO
Menerima bimbingan serta alat pembelajaran seperti diari kewangan dan permainan interaktif

Ya, program ini ditawarkan secara percuma kepada semua rider foodpanda yang layak.

Pendaftaran boleh dibuat melalui jemputan rasmi daripada foodpanda atau pautan yang disediakan dalam komunikasi rasmi rider (seperti emel, aplikasi rider, atau WhatsApp).

Tempoh program boleh berbeza bergantung kepada modul yang dijalankan, namun biasanya berlangsung selama beberapa minggu dengan sesi pembelajaran secara fizikal atau dalam talian.

Ya, peserta yang melengkapkan program akan menerima sijil penyertaan sebagai bukti penglibatan dan komitmen mereka.

Ya, melihat kepada sambutan positif, terdapat perancangan untuk meluaskan program ini ke seluruh negara termasuk Borneo, di bawah fasa "GoGiggers 2.0".