Apakah yang harus anda pakai?

  • Baju seragam foodpanda sahaja *Baju selain daripada baju yang dibeli dari foodpanda tidak dibenarkan sama sekali semasa melakukan pesanan semasa syif berjalan*

  • Seluar panjang *Seluar koyak / ‘ripped’ tidak dibenarkan semasa melakukan pesanan.
  • Beg foodpanda yang bersih.

  • Kasut bertutup (Crocs™ tidak dikategorikan sebagai kasut bertutup) *Kelonggaran untuk memakai selipar/sandal diberikan semasa hari hujan sahaja*

  • Topi keledar semasa melakukan penghantaran terutama sekali semasa di jalan raya.

Rider yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan akan diambil tindakan dari pihak pematuhan.

 

Keselamatan
 

 

  • Meletakkan motor di kawasan yang betul dan selamat

  • Sentiasa berada di sebelah kiri jalan sekiranya tidak memotong

  • Menunggang pada jarak yang selamat

  • Sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya


 

Tingkah Laku

 

  • Sentiasa menunjukkan muka yang manis ketika anda berurusan dengan pihak pelanggan dan restoran

  • MC harus dihantar dalam tempoh 24 jam (sila maklumkan RC sejam sebelum syif anda bermula)

  • Sentiasa bersopan santun dengan pelanggan dan restoran

  • Jangan mengambil makanan yang belum siap dibungkus