policy street banner
pakej rahman

Pakej P-Hailing Rahmah

Pakej rahmah untuk semua p-hailing kini sudah tiba! Khas daripada Kementerian Komunikasi dan Digital Pakej 5G RAHMAH ni tampil dengan pakej internet yang berbaloi. Banyak diskaun yang anda boleh menikmati. Jangan lepaskan peluang ini untuk terhubung dengan kecanggihan digital. Jom ketahui lebih lanjut!

Klik pada senarai telco di bawah yang anda berminat. Tawaran ini bermula hari ini sehingga 23.03.2024

Senarai telco rahmah

YES Pakej Rahmah!

U Mobile Pakej Rahmah!

celcomdigi Pakej Rahmah!

Maxis Pakej Rahmah!

Soalan Lazim Pakej Rahmah

Pakej P-Hailing Rahmah adalah sebuah inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi gergasi Malaysia yang bertujuan untuk memberikan rider/walker foodpanda pilihan pelan mudah alih yang termurah di dalam pasaran. Ini adalah satu bentuk penghargaan kepada rider/walker foodpanda yang komited dan berjaya dalam menjalankan tugas penghantaran.

Anda layak untuk mendaftarkan diri anda  jika anda merupakan seorang rider/walker foodpanda yang aktif

Seorang rider foodpanda yang aktif adalah mereka yang menjalankan tugas penghantaran secara berkala dan konsisten. Ini bermakna anda melakukan penghantaran melalui platform foodpanda secara berterusan dan mempunyai prestasi kerja yang baik.

Anda perlu kemukakan rider ID anda pada aplikasi pandarider untuk pengesahan.

Anda boleh klik pada butang "Dapatkan" pada  Pakej-pakej P-Hailing Rahmah di atas.

(i) Anda boleh menghubungi pasukan sokongan rider/walker foodpanda menerusi freshdesk untuk sebarang bantuan atau maklumat lanjut mengenai pakej ini, ataupun secara alternatif (ii) dengan membuat tiket menerusi aplikasi pandarider anda. Kami sedia membantu anda dengan sebarang pertanyaan atau keperluan yang anda ada.

Ya, Pakej P-Hailing Rahmah ini terbuka untuk rider/walker foodpanda di seluruh Malaysia.

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau aduan berkaitan pendaftaran Pakej P-Hailing Rahmah, (i) sila hubungi pasukan sokongan rider/walker foodpanda, ataupun secara alternatif (ii) dengan membuat tiket menerusi aplikasi pandarider anda. Kami akan berusaha untuk membantu menyelesaikan masalah anda dengan secepat mungkin dan memberikan sokongan yang anda perlukan. Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau aduan selepas pendaftaran anda berjaya, sila hubungi pasukan sokongan syarikat telekomunikasi yang anda daftar.

Sila rujuk dan patuhi terma dan syarat yang telah dikemukakan oleh setiap syarikat telekomunikasi yang terlibat.