Hi Panda,
 
Kami menjemput kesemua rakan penghantar foodpanda ke Upacara Tahunan #AnugerahHeroTapau Panda Fiesta 2026, di mana kita akan meraikan dan memberi penghormatan kepada pencapaian rakan-rakan rider yang telah menunjukkan dedikasi, kerja keras dan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2025!
 
Panda Fiesta 2026 akan menjadi LEBIH BESAR & MENARIK – dengan hadiah keseluruhan bernilai RM431,000, termasuk sebuah Kenderaan Sedan dan Emas Tulen seberat 533g menanti para rakan penghantar foodpanda!
 
Selain meraikan prestasi terbaik, kami juga berkongsi visi untuk menyokong rakan penghantar dan orang tersayang dalam mengejar impian serta membina masa depan yang lebih cerah. Bagi tujuan ini, kami akan mengumumkan ‘Quest Durian Runtuh 2026’ dengan hadiah yang lebih HEBAT hanya untuk Hero Tapau kami!
 
Antara aktiviti yang disediakan:
  • Penyampaian Hadiah – Kereta Sedan dan Gold Bar
  • Perhimpunan Rakan Penghantar Terbesar di Malaysia
  • Cabutan Bertuah bernilai RM 17,000 terbuka kepada semua yang hadir!
  • Pengambilan Rider Baru, Bonus Khas RAF & Promo Peralatan Eksklusif
  • Booth Rakan Niaga & Pelancaran Khas
  • Booth Aktiviti untuk Rakan Penghantar & Kanak-Kanak
  • Vendor Makanan Minuman dari Rakan Penghantar foodpanda
 
Kepada mereka yang tidak dapat hadir anda boleh saksikan live streaming kami di Tiktok dan Youtube di @foodpandaridersmy
 
Jumpa anda di sana! Hadir berserta uniform foodpanda!

Lokasi: Workshop 1, Sentul Depot, Kuala Lumpur

Tarikh: Khamis, 29 Jan 2026

Masa: 2pm – 8pm

Senarai Nama Para Pemenang!

*Pengumuman akan diisytiharkan dalam masa terdekat! Ikuti siaran telegram rasmi untuk perkembangan terkini.

Klausa Terma & Syarat

Jom Meriahkan Upacara & Anda Mungkin Pemenang Bertuah Kami!