Bukan hanya sekadar penghantar pesanan kepada pelanggan, kami tahu bahawa anda adalah hero di hati rakyat Malaysia. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua hero panda!
Radha Krishnan
Kami sedia membantu anda! Tular kisah hero panda ini yang gigih menghantar pesanan pelanggan tanpa mengira halangan yang dihadapi! Ketahui kisah hero ini di sini.
Irwin
Hebat betul hero panda kita ini! Kami kagum dengan sikap keberanian anda! Syabas hero panda! Ketahui kisah hero ini di sini.
Khairil Azuan (1204596)
Walaupun mengalami rintangan, terima kasih Encik Khairil masih menghantar pesanan pelanggan dengan baik. Kepada semua penunggang foodpanda diluar sana keselamatan anda adalah paling utama!
Mohamad Anuar bin Tajudin (63634)
“Sudah 3 tahun saya mula bekerja dengan foodpanda pada Februari 2019 dan banyak cabaran yang saya tempuhi sepanjang tahun tetapi saya amat bersyukur dengan peluang dan banyak manfaat yang foodpanda berikan kepada kami. Saya percaya bahawa untuk berjaya, anda perlu sentiasa berusaha dan tidak pernah berputus asa. Saya sangat berterima kasih kepada foodpanda kerana saya kini mampu menyara keluarga saya dan mempunyai pekerjaan yang saya sukai “
TAHNIAH atas pencapaian dan ucapan yang memberi semangat!
Kami pasti bahawa ramai di antara rider foodpanda pernah merasa tertekan tetapi kami sangat berbangga di atas cara pengurusan anda yang tenang dan profesional.
Ribuan terima kasih khas kepada saudara Anuar.
Uma Mageswaran (842218)
Terima kasih saudara Uma Mageswaran ! Tingkah laku anda adalah contoh yang baik untuk dijadikan teladan kepada semua.
Siapakah panda hero ini?
Terima kasih panda hero kerana menjayakan program “bendera putih” untuk membantu rakyat yang sedang memerlukan bantuan. Walaupun negara masih dilanda wabak covid-19, foodpanda rider telah mengambil inisiatif ini untuk membantu rakyat. #Staysafepandas
Jika anda atau kenalan anda adalah panda hero berikut, sila klik di bawah!
Kami dari foodpanda dan juga sebagai pelanggan yang memesan makanan melalui foodpanda, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua abang dan kakak rider panda yang melakukan yang terbaik untuk menghantar makanan kepada kami
#ridesafepandas
Jika anda atau kenalan anda adalah panda hero berikut, sila klik di bawah!
Tak dinafikan semua rider foodpanda matlah ringan tulang dan sedia membantu rakyat malaysia dalam apa jua keadaan! Terima kasih saudara Aiman di atas perbuatan baik tersebut dan sikap tolong-menolong Aiman adalah sesuatu yang perlu kita pelajari.
Farah Syifa
Sebut sahaja penghantar makanan, mesti yang terlintas di fikiran adalah lelaki . Di foodpanda, kami juga mempunyai Kakak rider dan walker ! Kerja keras anda semua amat kami hargai.
#GirlsPower
Dinesh Rizal Kuppusamy (475442)
Terima kasih saudara Dinesh kerana memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan foodpanda dengan mengorbankan masa dan tenaga anda!
Kami amat berbangga kerana dapat bekerja dengan rider seperti anda.
Muhammad Faiz (113069)
“Kecil di mata, besar di hati”
Kami amat berbangga atas perbuatan baik yang saudara Faiz telah lakukan. Walaupun pertolongan dihulurkan nampak kecil dan remeh, ia membawa makna yang besar kepada pelanggan tersebut