Ciri tag Orang Kurang Upaya (OKU) kini tersedia di dalam aplikasi!

Kini dalam aplikasi pandarider, anda boleh aktifkan Tag OKU iaitu satu ciri baharu khas untuk rakan penghantar OKU. Melalui ciri ini, ianya memudahkan pelanggan untuk mengenal pasti pesanan mereka dihantar oleh rakan penghantar kurang upaya.

Kenapa ini Penting?

Ini adalah langkah besar untuk menggalakkan kefahaman, penghargaan dan sokongan terhadap komuniti rakan penghantar OKU di seluruh Malaysia.

Jika anda seorang rider OKU, apa yang anda boleh lakukan?

Anda kini boleh memohon untuk mengaktifkan Tag OKU melalui aplikasi. Klik butang di bawah dan isi borang untuk memohon!

Komitmen foodpanda terhadap komuniti OKU

1. Meningkatkan kesedaran tentang keupayaan dan potensi komuniti OKU.

2. Mewujudkan persekitaran yang inklusif, di mana setiap rider dihargai dan disokong.

"Setiap perjalanan ada kisahnya dan kisah anda sangat bermakna. Mari sama-sama jadikan foodpanda lebih inklusif, prihatin dan mesra kepada semua rider, tanpa mengira keupayaan"