Apa itu pandasafe?

Inisiatif keselamatan dan kesedaran jalan raya yang komprehensif oleh foodpanda Malaysia.

Ia merupakan ekosistem keselamatan jangka panjang yang direka untuk melindungi dan memperkasakan rakan-rakan penghantar foodpanda.

Program ini dianjurkan dengan sokongan rakan strategik foodpanda –  Allianz Malaysia Berhad, Hong Leong Bank, Hong Leong Yamaha Motor dan PERKESO.
Kepentingan program untuk semua rakan penghantar:
> Dapat mengurangkan risiko keselamatan di jalan raya.
> Meningkatkan kesedaran melalui panduan berasaskan data.
> Kerja dan pulang dengan selamat disisi keluarga dan sahabat tercinta.

Majlis Pelancaran Inisiatif 'pandasafe'

Saksikan kemeriahan majlis pelancaran pandasafe yang telah disempurnakan oleh YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia, yang turut menekankan kepentingan keselamatan serta kesejahteraan komuniti penghantar makanan di Malaysia.

Galeri Sesi Latihan Pertama 'pandasafe'

Jom sertai pandasafe sekarang!

Selepas diaktifkan, anda boleh melihat skor keselamatan anda dalam aplikasi. Ianya juga membantu anda fahami aspek yang perlu dibaiki.
Ilustrasi dibawah menunjukkan paparan yang bakal anda lihat di dalam aplikasi anda.

Ganjaran Hebat Menanti Anda!

Sebagai tanda penghargaan atas komitmen anda terhadap keselamatan, setiap rider yang terpilih menyertai program ini berpeluang untuk menerima:

> Latihan Eksklusif: Tunggang motosikal lebih selamat & yakin

> Token & Merchandise Istimewa