Proses pembelian peralatan

Berikut adalah cara pembelian peralatan semasa sesi penukaran beg

Peralatan


Rider foodpanda dikehendaki membeli peralatan seperti berikut selepas proses pendaftaran di pejabat disiapkan:

  • 2x Baju Seragam
  • 2x Beg Haba [Halal/ General]
  • 1x Beg Besar

Semua peralatan boleh dibeli dari Rider Shop foodpanda dan diambil dari rider hub kemudian!

*Sila ambil perhatian bahawa baju hujan tidak wajib dibeli tetapi jika anda berminat boleh dibeli di ridershop. 

Sentiasa Menjaga Peralatan Anda

  • Cuci beg besar anda setiap minggu!
  • Sentiasa bersihkan beg anda dengan segera jika makanan tertumpah
  • Jika beg anda sudah rosak, tukarkan dengan beg yang baru di pejabat (RM35 untuk beg besar, RM5 untuk beg haba)
  • Klik Sini untuk ketahui lebih tentang langkah-langkah membersihkan beg foodpanda anda
  • Penunggang foodpanda bersetuju bahawa sekiranya beliau telah menamatkan perkhidmatannya dengan foodpanda atau dia kekal tidak aktif untuk tempoh empat (4) bulan dari tarikh syif kerja terakhirnya (mana-mana yang lebih awal), Penunggang foodpanda hendaklah melupuskan semua peralatan termasuk tetapi tidak terhad kepada beg penghantaran yang telah dibeli daripada foodpanda.
  • Penunggang foodpanda hendaklah memastikan bahawa beg penghantaran yang digunakan semasa session kerja berada dalam keadaan baik. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada beg penghantaran, penunggang foodpanda boleh menukarnya dengan beg penghantaran yang baru. Bagi mereka yang aktif dan menggunakan beg selama lebih daripada 4 bulan – pertukaran tersebut adalah percuma. Jika Rider gagal menukar beg setiap 4-6 bulan, tindakan pematuhan boleh diambil terhadap Rider.