Bulan Julai , Bulan Rujuk!

Adakah anda mempunyai rakan yang sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan atau mempunyai jadual kerja yang fleksibel?

Jika YA, inilah masanya untuk anda bersinar dengan membantu mereka dan diri anda kerana foodpanda Malaysia mengumumkan Julai sebagai bulan Rujukan Rakan!

Pelbagai bonus, hadiah, serta quest istimewa untuk dimenangi jika anda menggunakan kod rujukan anda bagi merujuk rakan anda sebagai rider atau walker foodpanda pada BULAN JULAI!

 

Skrol bawah untuk mengetahui bagaimana anda boleh meningkatkan pendapatan anda dengan RAF bulan ini

Tidak pernah merujuk sebelum ini atau tidak tahu caranya? Jangan risau! Klik pada butang di bawah untuk ketahui panduan tentang cara berkongsi kod rujukan anda serta potensi pendapatan untuk setiap rujukan yang berjaya!

DEFINISI

“Rujukan Berjaya” : rujukan membuat sekurang-kurangnya 30 pesanan dalam masa 10 hari sejak mereka menerima peralatan – anda akan dapat melihat jumlah semasa pesanan mereka pada aplikasi Roadrunner anda

“Rider/Walker Aktif” : telah membuat sekurang-kurangnya satu pesanan yang berjaya

Rebut ganjaran berikut!

1.RAF Giveaway

Rujuk seberapa banyak yang anda mampu! Selain menerima bonus RAF normal untuk setiap rujukan yang berjaya, anda kini boleh berpeluang memenangi sebuah telefon Samsung A52s 5G yang akan diberikan kepada 10 perujuk tertinggi di seluruh Malaysia!

Terma & Syarat:

  • Rujukan anda mengaktifkan ID mereka antara 1 – 31 Julai 2022
  • Rujukan anda adalah rujukan yang berjaya 
  • Pemenang akan diumumkan pada minggu ke-3 bulan Ogos
  • Pemenang perlu mengambil hadiah mereka di hub rider foodpanda di Kuala Lumpur (Southgate Commercial Centre, D-2-03, Jalan Dua, Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur)
  • Kempen ini sah untuk rider/walker aktif sahaja!

2. Gandakan bonus RAF anda!

Belum pernah merujuk sesiapa pada tahun 2022? Sudah merujuk tetapi rakan gagal atau rujukan belum mencapai kuantiti minimum penghantaran untuk anda menerima bayaran? Ini adalah peluang yang terbaik untuk anda!

Rujuk pada bulan Julai dan terima bayaran BERGANDA untuk rujukan anda jika anda belum pernah dibayar untuk Bonus RAF pada tahun 2022.

Terma & Syarat:

  • Rujukan mengaktifkan ID mereka antara 1 – 31 Julai 2022
  • Rujukan anda adalah rujukan yang berjaya 
  • Terhad kepada 2 RAF sahaja bagi setiap perujuk
  • Pemenang akan diumumkan pada minggu ke-3 bulan Ogos
  • Anda akan menerima bayaran bonus RAF seperti biasa, bayaran tambahan akan dibayar pada minggu ke-4 Ogos sebagai bonus

3. Buddy Quest x RAF

Buddy Quest datang lagi! Kali ini dengan cara terbaharu, anda hanya perlu rujuk rakan anda sebagai buddy, setelah ID buddy anda berjaya diaktifkan, pasukan anda boleh mula menghantar.

Memang berbaloi untuk mencuba kerana secara keseluruhan 140 pasangan di seluruh Malaysia akan dicalonkan untuk memenangi hadiah wang tunai, sehingga RM5000 untuk setiap pasangan!Klik di bawah untuk maklumat lanjut.