Rider Tipping

100% TIPS DARI PELANGGAN ADALAH MILIK ANDA!
 
Apakah Rider Tipping Berganda?
      • foodpanda akan memberikan RM1 untuk setiap pesanan yang anda terima dari pelanggan pada setiap hari (Isnin – Ahad, jam 5PM – 9PM) bulan Ramadan ini. Sah untuk pesanan yang mempunyai tips sahaja!
Bagaimana hendak mendapatkan Rider Tipping Berganda ini?
    • Hanya untuk pesanan yang dilengkapkan sahaja
    • Tidak layak – Jika pelanggan memohon bayaran balik (refund)
    • Tidak layak – Jika rider melanggar sistem pematuhan pada 30 hari yang lalu
    • Rider akan menerima pembayaran tipping ini dua minggu selepas pembayaran pendapatan dilakukan
    • Anda boleh lihat pembayaran balik di dalam tab Payment setiap hari Ahad sepanjang bulan Ramadan sebagai “Adjustment”

Contoh situasi: 

Minggu 11: Pelanggan A memberikan tips untuk pesanan yang diterima antara jam 5PM – 9PM, dan kami dapati rider tidak mempunyai masalah sistem pematuhan, jadi foodpanda akan menambahkan RM1 untuk pesanan tersebut.

Cara Pembayaran: Penyelarasan sebanyak RM1 ini hanya akan dilakukan pada Payment Tab rider pada hari Ahad (Minggu 12) dan akan diproses dengan pembayaran pendapatan pada hari Rabu (Minggu 13) hadapan.

**Penting: Ini bermakna, rider hanya akan menerima pembayaran tipping ini dua minggu selepas tips diberikan oleh pelanggan.