Sistem pemarkahan diwujudkan adalah untuk memastikan rider yang berprestasi tinggi diiktiraf secara adil.
Sistem pemarkahan adalah penting untuk penunggang foodpanda kerana prestasi kerja anda akan menentukan batch dan proses pemilihan jadual kerja anda
Special Hours adalah waktu bekerja istimewa yang dapat membantu meningkatkan markah mingguan anda, jika anda mengambil sesi pada watu tersebut.
Waktu ini akan ditetapkan oleh foodpanda pada setiap minggu. Pengiraan markah bagi “Special Hours” terhad kepada sesi yang telah anda tempah.
Sebagai contoh, jika anda menempah sesi pada pukul 7:00 PM – 8:00 PM, dan anda mula bekerja pada pukul 7:00 PM sehingga 8:30 PM (lebih 30 minit dari sesi yang anda pilih), pengiraan markah akan hanya mengambil kira dari pukul 7:00 PM – 8:00 PM.
Sila rancang sesi anda dengan teliti.
Jam bekerja sebenar [Actual v.s. planned working hours]
Kelewatan, ‘pause’ dan ‘no-show’ akan dipertimbangkan dalam metrik ini. Sekiranya anda menghabiskan jumlah penuh jam yang dirancang atau diambil pada session anda, anda akan mendapat % penuh untuk kriteria ini.
Hanya session asal anda akan diambil kira dalam metrik ini. Masa session lanjutan anda tidak akan diambil kira atau menjejaskan pemarkahan anda dalam metrik ini.
*Sila dimaklumkan bahawa ia adalah dikira berdasar pada skala SAAT, bukannya skala minit. Oleh itu, sila ‘clock-in’ beberapa minit lebih awal sebelum syif anda bermula. Contohnya, jika session anda bermula pada 2PM, sila ‘clock-in’ pada 1:55PM supaya pemarkahan anda tidak terjejas.
Kadar penerimaan ialah pesanan yang diterima tolak dengan “manual undispatch” order, kepada penghantaran diberi oleh penunggang.
Mekanisme KPI penghantaran terbaru adalah lebih adil dan tepat. Mekanisme KPI ini ditentukan dalam tempoh masa yang sama, untuk memastikan setiap rider akan dibandingkan dengan rider lain yang bekerja dalam tempoh waktu dan negeri yang sama.
Tempoh Masa yang disediakan:
00:00 – 08:00 (Pagi)
08:00 – 11:00 (Sarapan)
11:00 – 14:00 (Makan tengah hari)
14:00 – 18:00 (Tengahari)
18:00 – 22:00 (Makan malam)
22:00 – 23:59 (Lewat malam)
Contoh: Tempoh waktu makan tengah hari adalah berbeza dengan tempoh waktu makan malam. Hal ini disebabkan oleh jumlah pesanan adalah berlainan pada waktu berikut.
Contoh pengiraan:
Jadual di bawah menunjukkan tiga rider yang berbeza dengan pesanan yang dihantar dalam tempoh waktu makan tengah hari:
Contoh | Rider 1 | Rider 2 | Rider 3 |
Pesanan dihantar | 4 | 5 | 1 |
Cara pengiraan markah Penghantaran Rider 1, untuk waktu makan tengah hari:
Kami membahagikan bilangan pesanan yang dilengkapkan oleh seorang rider dalam tempoh waktu makan tengah hari, dengan jumlah pesanan yang dihantar oleh kesemua rider di dalam waktu dan negeri yang sama:
Cara pengiraan markah penghantaran = (bilangan pesanan yang dilengkapkan oleh seorang rider dalam tempoh waktu makan tengah hari) (4)/ (jumlah pesanan yang dihantar oleh kesemua rider di dalam waktu dan negeri tersebut) (4)+ (5) + (1)= 0.4
4/(4+5+1) = 0.4
Markah penghantaran di dalam tempoh makan tengahari = 0.4
Contoh pengiraan untuk Jumlah Markah Penghantaran:
Untuk pengiraan Jumlah Markah Penghantaran rider, kami perlu menggunakan markah yang diterima oleh rider daripada pada setiap tempoh waktu dan dibahagikan dengan jumlah bilangan tempoh waktu yang diambil oleh rider.
Formula pengiraan adalah seperti berikut:
(jumlah markah penghantaran) (0.3) + (0.4) + (0.3)/ (jumlah bilangan tempoh waktu yang diambil oleh rider) (3) = 0.33
Jadual di bawah menunjukkan nilai untuk setiap tempoh waktu bagi Rider 1:
Tempoh waktu | Waktu Sarapan | Waktu makan tengah hari | Waktu makan malam |
Nilai tempoh waktu | 0.3 | 0.4 | 0.3 |
Rider 1 berada dalam 3 tempoh waktu yang berbeza tetapi dikira sebagai jumlah tempoh yang sama.
Untuk pengiraan KPI Penghantaran Rider 1, kami menggunakan formula seperti berikut:
(0.3 + 0.4 + 0.3)/ 3 = 0.33
KPI Penghantaran Penunggang 1 ialah 0.33
*Batch SEMUA penunggang akan dikemaskini SETIAP MINGGU pada hari Isnin
Isnin – Jumaat
(5PM – 10PM)
Sabtu – Ahad
(11AM – 2PM & 6PM – 10PM)
Isnin – Jumaat
(5PM – 10PM)
Sabtu – Ahad
(11AM – 2PM & 6PM – 10PM)
Batch juga menentukan masa yang boleh anda mengambil session
© Copyright foodpanda Rider 2023