Sambutan Tahun Baru Cina 2025

Selamat Tahun Baru Cina 2025 Kepada Semua Rider Foodpanda!

Sambutan Tahun Baru Cina kali ini mencipta sejarah sebagai acara terbesar foodpanda Malaysia berlangsung meriah di lokasi ikonik Hin Bus Depot, Penang pada 18 Februari 2025!

Lebih 300 rider bersama keluarga turut serta memeriahkan acara, menikmati meja Yee Sang terpanjang, aktiviti kanak-kanak seperti mewarna, membuat kraftangan & manik, dan persembahan tarian singa yang penuh semangat!

Antara tarikan menarik:

  • Booth penukaran beg rider
  • Booth vendor: Senarco & Gracshaw

Cabutan bertuah dengan hadiah gempak:

  • 10x Ninebot Kickscooter
  • 3x Gold Bar
  • Merchandise eksklusif
  • Cash Voucher
  • Hadiah dari Senarco & Gracshaw

Acara ditutup dengan letupan mercun yang menggegarkan, mengukuhkan semangat komuniti dan meninggalkan kenangan manis buat semua!