Hi Panda,
 
Kami menjemput semua rider dari selatan tanah air (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) ke Upacara Jelajah Selatan. 
 
Ini adalah buat julung kalinya kami akan mengadakan program aktiviti kami di negeri Johor. Bertujuan untuk meraikan rakan penghantar kami!
 
Apa yang akan menanti anda adalah sesuatu yang LEBIH BESAR & MENARIK – dengan kapasiti sehingga 350 rider dan keluarga.
 
Selain dari itu kami turut ingin memberikan sokongan penuh inisiatif Kerajaan Negeri Johor melalui Bantuan Kasih Johor sebuah program bantuan kebajikan yang bertujuan untuk menyokong golongan yang memerlukan.

Aktiviti dan Permainan Menarik Menanti Anda!

  • Acara Cabutan Bertuah untuk rakan penghantar foodpanda
  • Pertandingan Nyanyian (Sesi Open Mic)
  • Booth Rakan Niaga & Panda Pitstop
  • Booth aktiviti untuk kanak-kanak
  • Makanan & minuman berserta pencuci mulut
 
Kepada mereka yang tidak dapat hadir anda boleh saksikan live streaming kami di Tiktok dan Youtube di @foodpandaridersmy
 
Jumpa anda di sana! Hadir berserta uniform foodpanda!
Lokasi: B5 Johor Street Market, Johor Bahru
Tarikh: Khamis, 20 November 2025
Masa: 2 Petang – 6 Petang