Di sebalik setiap hantaran, kami tahu ada Hero yang sentiasa berbakti kepada masyarakat sama ada membantu orang ramai, aktif dalam kerja kebajikan, atau memberi inspirasi di atas jalan raya!

Adakah anda salah seorang daripada mereka, atau mengenali rakan yang layak diiktiraf?

Jom kongsikan kepada kami! Kisah yang menarik dan terpilih sahaja bakal memenangi RM100 Baucar foodpanda!

Kompilasi Berita Mengenai Hero Panda

Soalan Lazim (FAQ)

Terbuka kepada semua rider foodpanda yang aktif (terhad kepada rider Batch 1–4) pada masa permohonan dan pemilihan)

Boleh. Anda boleh merakam video menceritakan kisah anda sendiri (Pencalonan Diri) atau menceritakan kisah rakan rider yang memberi inspirasi (Pencalonan Rakan).

Walau bagaimanapun, pastikan rakan yang dicalonkan tersebut merupakan seorang rider foodpanda yang aktif dan berada dalam Batch 1-4.

Anda boleh menyertai melalui dua cara:

1. TikTok: Muat naik video penyertaan anda di TikTok dengan menggunakan hashtag #PandaLuarBiasa dan tag @pandaridersmy. Pastikan akaun anda telah ditetapkan kepada umum (public).

2. Borang #PandaLuarBiasa: Hantar pencalonan atau maklumat rakan yang ingin anda cadangkan secara terus melalui borang atas talian yang disediakan.

Sebanyak 20 penyertaan paling menarik, kreatif, dan menginspirasikan akan dipilih menerusi gabungan pencalonan borang atas talian dan video TikTok.

Inisiatif ini akan dijalankan setiap 2 bulan sekali

Pemilihan adalah atas budi bicara sepenuhnya pihak foodpanda dan keputusan adalah muktamad.