Auto Accept

Berita baik! Ciri Auto Accept yang ditunggu-tunggu kini boleh diaktifkan oleh semua pengguna ios dan Android.

Sila ambil perhatian perkara berikut:

•Semua pengguna ios dan Android boleh mengaktifkan ciri auto accept

•Untuk ciri ini berfungsi, anda perlu berada di aplikasi panda rider apabila pesanan masuk. Contohnya, jika anda berada di Map Google apabila pesanan dimaklumkan kepada anda, pesanan itu tidak akan diterima secara automatik;

•Anda tidak akan dapat melihat bayaran perkhidmatan yang dibayar setiap pesanan kerana Auto Accept akan membawa anda terus ke halaman ‘Pergi ke vendor’. Anda boleh menyemak berapa banyak anda telah dibayar untuk pesanan di tab Pembayaran seperti biasa selepas pesanan telah selesai

•Anda boleh on/off pada bila-bila masa semasa syif.

•Jika anda tidak dapat melihat butang Auto Accept, sila mengemas kini aplikasi anda kepada versi terkini.