COD Kredit merupakan fungsi terbaru yang pihak foodpanda telah lancarkan bagi memudahkan rider dan walker kami menjalankan tugas dengan efisien.
Fungsi ini memerlukan rider dan walker foodpanda untuk mengkreditkan wang terlebih dahulu ke dalam wallet foodpanda bagi melayakkan id untuk menerima pesanan tunai.
Ini bermakna, bagi membolehkan anda untuk menerima pesanan tunai, anda perlu memastikan baki E-wallet anda berada di bawah RM0.
Harap maklum bahawa fungsi ini masih di mod percubaan dan hanya untuk rider dan walker di negeri Penang, Perak, Perlis, Kedah sahaja.
Jangan risau, anda akan tetap menerima pesanan (Atas talian / online payment) daripada pelanggan dan boleh bekerja seperti biasa.
Ia akan memberi kesan dari segi jumlah pesanan lengkap mingguan anda. Pihak kami menyarankan agar rider dan walker foodpanda sentiasa memastikan baki E-wallet pandarider anda berada di bawah RM0 untuk terus mendapatkan pesanan tunai.
© Copyright foodpanda Rider 2023