Hi Pandariders,
 
Kami menjemput semua rider ke Majlis Upacara Durian Runtuh 2.0, di mana kita akan meraikan dan memberi penghormatan kepada pencapaian rakan-rakan rider yang telah menunjukkan dedikasi, kerja keras dan prestasi cemerlang #AnugerahHeroTapau.
 
Durian Runtuh 2.0 tahun ini LEBIH BESAR & MENARIK – dengan kapasiti sehingga 400 rider dan keluarga.
 
Selain meraikan prestasi terbaik, kami juga berkongsi visi untuk menyokong rider dan orang tersayang dalam mengejar impian
serta membina masa depan yang lebih cerah. Bagi tujuan ini, kami akan mengumumkan ‘Quest Akhir Tahun 2025’ dengan
hadiah yang lebih HEBAT hanya untuk Hero Tapau kami!
 
Antara aktiviti yang disediakan:
  • Penyampaian Hadiah – Umrah dan Gold Bar
  • Penukaran Fleet – General dan Specialised
  • Pengambilan Rider Baru
  • Booth Rakan Niaga
  • Booth aktiviti untuk kanak-kanak
  • Makanan dan pencuci mulut
 
Kepada mereka yang tidak dapat hadir anda boleh saksikan live streaming kami di Tiktok dan Youtube di @foodpandaridersmy
 
Jumpa anda di sana! Hadir berserta uniform foodpanda!

Lokasi: KL Gateway Mall, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur

Tarikh: Khamis, 26 Jun 2025

Masa: 1pm – 6pm

Tahniah Para Pemenang!

Terbuka Kepada Semua!