Gambar Bukti Penghantaran Pesanan

Gambar bukti Penghantaran adalah untuk melindungi penunggang foodpanda daripada sebarang pertikaian (jika ia berlaku) dengan pelanggan atau pesanan penipuan, dan untuk meningkatkan pengalaman penghantaran dengan lebih baik dengan memberikan bukti bahawa pesanan dihantar dengan betul kepada pelanggan di lokasi penghantaran yang ditetapkan.

Selepas tiba di lokasi drop-off dan sebelum menghantar pesanan kepada pelanggan, penunggang foodpanda dikehendaki mengambil gambar pesanan di lokasi drop-off sebagai bukti Penghantaran

Langkah Mengambil Gambar Bukti Penghantaran Pesanan

POD-foodpanda

Gambar Bukti Penghantaran Pesanan yang sah

  • Pastikan gambar POD jelas menunjukan kod pesanan dan lokasi bangunan (Pangsapuri, Kondominium, Lobi & Pondok pengawal).
  • Pastikan gambar POD jelas menunjukan unit rumah, lokasi dan kod pesanan.
  • Pastikan gambar POD jelas menunjukan unit rumah, lokasi dan kod / gambar pesanan.
  • Pastikan gambar POD jelas menunjukan kod / gambar pesanan yang diberikan kepada pelanggan.

Gambar Bukti Penghantaran Pesanan yang TIDAK sah

  • Gambar POD yang tidak jelas menunjukkan unit rumah, lokasi pelanggan dan kod pesanan.
  • Gambar POD tidak menunjukkan pesanan, kod pesanan, unit rumah dan lokasi pelanggan.
  • Gambar POD kabur menyebabkan kod pesanan, unit rumah dan lokasi pelanggan sukar untuk dikenal pasti.
  • Gambar POD tidak jelas menunjukkan kod pesanan dan lokasi bangunan (Pondok Pengawal / Lobi)
Langkah yang perlu dilakukan jika pelanggan tidak mahu gambar mereka diambil
  • Memohon maaf dan menerangkan keperluan POD. Iaitu untuk memastikan pesanan yang betul dihantar kepada alamat dan pelanggan yang betul.
  • Menerangkan kepada pelanggan, dengan mengambil POD ini dapat membantu anda memastikan dan memberikan bukti bahawa anda sebagai penunggang telah menghantar pesanan dengan selamat dan betul.
  • Menerangkan kepada pelanggan bahawa tidak perlu mengambil wajah mereka kerana kami menghormati privasi pelanggan kami. Ini bermakna, anda boleh mengambil gambar yang tidak termasuk pelanggan dan mungkin menunjukkan persekitaran pelanggan (bersama pesanan tersebut).