Gambar Bukti Penghantaran Pesanan

Pastikan anda mengikut panduan untuk mengambil Gambar Bukti Penghantaran Pesanan atau dikenali juga sebagai Proof Of Delivery (POD). 

Jika pelanggan tidak mahu gambar mereka diambil

Langkah  yang anda boleh lakukan jika pelanggan tidak mahu gambar mereka diambil;

  • Memohon maaf dan menerangkan keperluan POD. Iaitu untuk memastikan pesanan yang betul dihantar kepada alamat dan pelanggan yang betul.
  • Menerangkan kepada pelanggan, dengan mengambil POD ini dapat membantu anda memastikan dan memberikan bukti bahawa anda sebagai penunggang telah menghantar pesanan dengan selamat dan betul.
  • Menerangkan kepada pelanggan bahawa tidak perlu mengambil wajah mereka kerana kami menghormati privasi pelanggan kami. Ini bermakna, anda boleh mengambil gambar yang tidak termasuk pelanggan dan mungkin menunjukkan persekitaran pelanggan (bersama pesanan tersebut).