Newbie Gold Giveaway

Hi Newbie Panda! Kami sedang mengadakan giveaway khas kepada pemohon yang berjaya menyertai dan mengaktifkan ID mereka sebagai seorang rider atau walker foodpanda dalam bulan Februari 2023!

Jika anda masih belum mendaftar, ini adalah masa yang tepat untuk anda. Klik link pendaftaran dibawah jika anda berminat untuk memenangi 10g EMAS TULEN 999.9 daripada foodpanda

Jom mohon dan daftar dengan foodpanda sekarang!

Tahniah Pemenang!

Tahniah kami ucapkan (1377172) ! Segala kerja keras anda amat kami hargai!

Cara untuk menyertai

(1) Untuk menyertai giveaway ini, anda haruslah mengaktifkan ID di dalam bulan Februari 2023

(2) Buat penghantaran terbanyak semampu anda di antara 1 – 31 Mac 2023

(3) Top ID dengan penghantaran tertinggi pada 31 Mac 2023 , 23:59 PM akan dinobatkan sebagai pemenang EMAS INI! 

(4) Pemenang akan dihubungi oleh pihak foodpanda bagi mengambil hadiah beliau

Semak kedudukan anda

Terma dan Syarat

Kelayakan

Giveaway ini terbuka kepada semua rider dan walker foodpanda diseluruh Malaysia yang mengaktifkan ID dalam bulan Februari 2023.

(1) foodpanda berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menukar, meminda atau menambah kepada Terma dan Syarat ini, atau menamatkan, mengubah atau menggantung peraduan ini, atau menggantikan peraduan ini dengan yang lain, pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada anda.

(2) Hadiah adalah seperti yang dinyatakan dan tiada wang tunai atau alternatif lain akan ditawarkan. Hadiah tidak boleh dipindah milik. Hadiah adalah tertakluk kepada ketersediaan dan kami berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang setara tanpa memberi notis.

(3) Mana-mana ID yang tidak mematuhi atau telah terlibat dalam sebarang aktiviti penipuan yang ditentukan oleh foodpanda akan hilang kelayakan serta-merta.