pandago

Hai panda, Kami sentiasa mencari cara baharu untuk rider kami memperoleh lebih banyak pendapatan. Bermula pada 22 Mei 2023, semua rider akan mula menerima tempahan pandago pelanggan-ke-pelanggan (pandago C2C).

Apa itu pandago

pandago ialah perkhidmatan yang membolehkan pengguna /pelanggan menghantar apa sahaja yang sesuai/ dengan beg rider kami.

pandago C2C (Pelanggan-ke-Pelanggan) ialah sejenis pesanan di bawah pandago yang membolehkan pelanggan foodpanda menghantar apa sahaja kepada sesiapa sahaja.

Contoh: 

  • Pelanggan A ingin menghantar hadiah kepada rakannya
  • Pelanggan B ingin menghantar makanan kepada Pelanggan C
  • Vendor A ingin menghantar barangan istimewa kepada Pelanggan E

Cara Kenalpasti penghantaran pandago

*Tangkapan skrin berikut adalah pandago yang sudah bermula di Singapura. Tangkapan skrin berikut digunakan untuk menerangkan pandago yang bakal bermula di Malaysia pada bulan Januari.

Pesanan pandago C2C (Pelanggan-ke-pelanggan):

  • Lokasi pengambilan pesanan biasanya dari kawasan perumahan tetapi ini mungkin berbeza.
  •  Anda boleh mengenal pasti pesanan pandago C2C dengan mudah yang tertera pada skrin anda (Accept/Decline). Semua pesanan pandago C2C mempunyai “pandago parcel delivery” yang dinyatakan pada maklumat “pick-up”.
  •  Semua pesanan pandago C2C mempunyai kod pesanan bermula dengan “pgo-xxxxxx”

Pesanan pandago B2C (Vendor-ke-pelanggan):

  • Lokasi pengambilan biasanya daripada vendor/premis
  • Mempunyai kod pesanan: xxxx-xxxxxx (6 digit selepas dash)

Pesanan biasa:

  • Lokasi pengambilan adalah berdafter di bawah foodpanda vendor/premis.
  • Kod pesanan: xxxx-xxxx (4 digit selepas dash)

Penghantaran pesanan pandago C2C

Penghantaran pesanan pandago adalah sama seperti menghantar pesanan biasa. Perbazaannya adalah, untuk tempahan pandago, anda akan mengambil tempahan dari pelbagai lokasi dan bukan hanya vendor/premis.

  •  Untuk menghubungi penghantar bungkusan (sender), anda hanya perlu merujuk kepada nombor di bawah maklumat “parcel sender details”.
  • Untuk menghubungi penerima bungkusan (recipient), anda hanya perlu merujuk kepada nombor di bawah maklumat “order details”.

FAQs

Terdapat 2 jenis penghantaran pesanan pandago: 

Pesanan pandago B2C (Vendor to Customer) – Order Code: xxxx-xxxxxx
Pesanan pandago C2C  (Customer to Customer) – Order Code: pgo-xxxxxx
 

Sila tunggu 10 minit dan hubungi rider support untuk membuat pembatalan pesanan. Anda akan mendapat arahan seterusnya di aplikasi panda rider. 
(contoh: kembalikan barangan tersebut, teruskan penghantaran, dan lain-lain)

Tidak. Tujuan pandago adalah untuk menambahkan pendapatan anda. Anda perlu gunakan peluang ini sebaik mungkin.