PeKa Sihat - Skim Kesihatan Percuma!

Ini adalah inisiatif percuma daripada KKM yang dilaksanakan oleh ProtectHealth untuk golongan B40,
bagi memastikan kesihatan anda sentiasa terjaga.

Siapa yang layak?
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & pasangan berdaftar.
  • Berumur 40 tahun ke atas.

Tak perlu daftar pun! Kalau layak, anda cuma perlu semak status secara online dan terus pergi ke mana-mana klinik berdaftar PeKa B40 untuk check-up

Jom jaga kesihatan kita!

Soalan Lazim

Anda layak sekiranya:

  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Berumur 40 tahun dan ke atas
  • Atau pasangan yang berdaftar kepada penerima STR

Tidak perlu. Penyertaan adalah automatik bagi individu yang memenuhi syarat kelayakan.

PeKa B40 menawarkan empat (4) manfaat utama: 

  • Saringan Kesihatan 
  • Bantuan Alat Perubatan 
  • Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser 
  • Insentif Tambang Pengangkutan

Saringan kesihatan merangkumi:

  •  Semakan sejarah kesihatan individu dan keluarga
  •  Saringan kesihatan mental
  •  Pemeriksaan fizikal
  •  Pemeriksaan klinikal payudara (wanita)
  •  Pemeriksaan klinikal prostat (lelaki berisiko)
  •  Ujian darah dan ujian air kencing

Tidak perlu. Anda boleh menjalani saringan kesihatan tanpa berpuasa.

Tidak. Manfaat Saringan Kesihatan hanya meliputi proses saringan dan tidak termasuk kos rawatan atau ubat- ubatan.

Anda boleh mendapatkan saringan di:

  •  Klinik swasta berdaftar PeKa B40
  •  Klinik kesihatan kerajaan yang berdaftar dengan PeKa B40

PeKa B40 menyediakan bantuan alat perubatan sehingga RM20,000 sepanjang hayat bagi penerima yang layak.

Antara alat perubatan yang diluluskan ialah:

  •  Stent jantung
  •  Alat sendi tiruan
  •  Alat bantuan pendengaran
  •  Perentak jantung
  •  Prostesis dan implan tulang belakang
  •  Prostesis dan ortosis anggota badan
  •  Kanta mata intraokular
  •  Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
  •  Bantuan sokongan nutrisi
  •  Kerusi roda

Permohonan perlu dibuat oleh doktor atau pakar perubatan KKM yang merawat anda.

Penerima yang menjalani rawatan kanser di hospital KKM boleh menerima insentif tunai sebanyak RM1,000.

Bayaran akan dibuat dalam dua fasa:

  •  RM300
  •  RM700

Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang berdaftar.

Insentif ini membantu mengurangkan beban kos perjalanan bagi penerima yang menerima Bantuan Alat Perubatan atau Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser.

Jumlah maksimum yang boleh diterima adalah:

  •  RM500 bagi Semenanjung Malaysia
  •  RM1,000 bagi Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan

Kos tambang dikira berdasarkan perjalanan dari rumah penerima ke hospital yang menerima rawatan.

Anda boleh menyemak kelayakan melalui:

  •  Aplikasi MySejahtera
  •  Laman web rasmi PeKa B40

Anda hanya perlu membawa Kad Pengenalan (MyKad).

  • Semak kelayakan anda.
  • Kunjungi klinik PeKa B40 yang berdaftar.
  • Bawa MyKad untuk pengesahan.
  • Jalani saringan kesihatan percuma.

Doktor akan menasihatkan tindakan susulan sekiranya diperlukan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

  •  Hotline PeKa B40: +603 8687 2525
  •  E-mel: pekab40@protecthealth.com.my