Memanggil semua warna!

Adakah anda seorang rider berpengalaman? 

Adakah anda sedang mencari cara untuk meningkatkan pendapatan anda?

Jika anda menjawab ya kepada kedua-duanya, jangan lepaskan peluang untuk menyertai foodpanda sebagai rider berpengalaman dan menerima peralatan PERCUMA beserta RM100 yang akan dikreditkan kepada anda dengan gaji pertama anda hanya untuk menyertai kami!

Bonus Rider Berpengalaman

Rider yang mempunyai pengalaman penghantaran (selain foodpanda) di dalam Malaysia layak menyertai program ini dengan menyediakan perkara seperti yang tertera:

  • Profil ID rider syarikat lama yang sepadan dengan kad pengenalan anda
  • Penyata gaji syarikat lama

Terma & Syarat

1. Hanya tertakluk kepada rider dari Klang Valley dan Johor yang datang ke hub kami di;

Klang Valley : Southgate Commercial Center, D2-03, Jalan Dua, Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. (Waktu operasi Isnin – Jumaat 10am – 6pm)

Johor : 21, 21-01, 23 Jalan Perjiranan 4/4 Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor. (Waktu operasi Isnin – Jumaat 10am – 6pm)

2.Terhad kepada rakan kongsi penghantaran baru (rider dan walker) yang tidak pernah mempunyai kontrak dengan foodpanda.

3.Mesti menyerahkan beg penghantaran besar daripada syarikat terdahulu untuk layak mendapat faedah rider berpengalaman (set kelengkapan penghantar secara percuma dan bonus RM100).

4.Sila bawa dokumen berikut untuk pengaktifan segera: IC, lesen memandu, dan cukai jalan.

5.Tertakluk kepada terma dan syarat.

Anda boleh nikmati faedah berikut

Temui kami di lokasi berikut