1. Pastikan anda bank-in semua wang tunai yang dikumpul sebaik sahaja sesi anda tamat.
(Sekiranya anda mempunyai sesi berturut-turut, sila bank-in selepas sesi terakhir anda tamat)
2. Pastikan baki e-wallet anda adalah tidak lebih RM50
3. Jika anda tidak menjelaskan baki e-wallet anda dalam 12 jam selepas sesi anda tamat, ID anda akan digantung secara automatik (Anda akan menerima 2 amaran sebelum penggantungan ID, jadi sila bank-in dengan secepat mungkin jika anda menerima amaran tersebut)
4. Anda digalakkan bank-in dengan menggunakan CIMB Clicks (online transfer) / ATM CIMB supaya transaksi tersebut akan tertera pada e-wallet anda secara masa nyata (dalam masa 30 minits)
*Perbankan dalam talian (online transfer) dari bank-bank lain juga boleh digunakan tetapi transaksi tersebut mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang untuk dikesan
5. Pastikan anda bank-in ke “Virtual Bank Account” (nombor BIC) anda sahaja
*Untuk pengetahuan semua, komuniti kita telah mencapai angka ID 7-digit. Oleh yang demikian, terdapat sedikit kemaskini bagi sistem e-wallet dimana bilangan ‘0’ di antara nombor Bekal/General dan ID Rooster bergantung pada digit ID Rooster anda.
*Untuk rider Bekal, nombor akaun anda akan selalu bermula dengan 988461
*Untuk rider General, nombor akaun anda akan selalu bermula dengan 988381
*Bilangan ‘0‘ di antara nombor Bekal/General dan ID Rooster bergantung pada digit ID Rooster anda*
– Jika ID Rooster anda 5 digit, bilangan ‘0’ adalah 3
– Jika ID Rooster anda 6 digit, bilangan ‘0’ adalah 2
– Jika ID Rooster anda 7 digit, bilangan ‘0’ adalah 1
*Akaun nombor anda akan bertamat dengan ID Rooster anda
6. Penggantungan akan dibatalkan secara automatik sekiranya anda telah bank-in dan baki e-wallet anda telah dijelaskan (RM0)
*Anda tidak perlu buat tiket untuk pembatalan tersebut*
© Copyright foodpanda Rider 2023