Sistem Pembayaran

SILA RUJUK JADUAL  DI ATAS:

Pembayaran quest minggu 5 akan dikreditkan ke dalam akaun anda beserta dengan bayaran pendapatan minggu 5 pada hari Rabu minggu 6 (mengikut bank anda)

Namun,  jumlah pembayaran bonus/quest pada  sebelumnya (minggu 5)  akan ditunjukkan pada hari Isnin minggu seterusnya (minggu 6) di aplikasi panda rider (Payment Tab).

FAQ Pembayaran Pendapatan

Antara sebab-sebab / kemungkinan anda tidak menerima bayaran pendapatan :

  •  Amaun wallet anda melebihi RM50 pada hari Isnin 11:59PM atau hari Rabu 11:59PM.
  • Nombor akaun bank anda yang didaftarkan adalah tidak tepat.
  • Anda telah melakukan penipuan (fraud) pada minggu tersebut.

Anda perlu kemukakan tiket melalui aplikasi panda rider di bawah kategori “Payroll” untuk memberikan maklumat terperinci untuk mempercepatkan proses

Maklumat yang diperlukan:

  • Rider ID
  • Tarikh yang tepat
  • Nama bonus (berdasarkan isu yang dihadapi)
  • Tangkap layar (screenshot) daripada aplikasi panda rider , tangkap layar (screenshot) bank akaun, atau tangkap layar (screenshot) emel sebagai bukti.

Setelah pembayaran pendapatan diproses, kami akan memaklumkan status pembayaran pendapatan anda di peti masuk aplikasi panda rider. Anda akan menerima status berikut;


a) Pembayaran pendapatan anda sudah dikredit ke akaun anda

b) Pembayaran pendapatan anda sedang diproses

c) Pembayaran pendapatan anda ditangguhkan kerana melakukan aktiviti penipuan (fraud)

d) Pembayaran pendapatan anda ditangguhkan kerana penamatan kontrak

e) Pembayaran pendapatan anda ditangguhkan kerana maklumat akaun bank adalah tidak tepat. Sila kemaskini maklumat akaun bank anda di aplikasi panda rider

f) Pembayaran pendapatan anda ditangguhkan kerana amaun e-wallet anda melebihi RM50. Sila pastikan amaun e-wallet anda tidak melebihi RM50.

Sila kemas kini nombor akaun anda mengikut langkah berikut di sini

Selepas anda menghantar maklumat akaun bank anda dengan TEPAT (Isnin-Khamis), anda akan menerima maklum balas dari Rider Support;

a) Jika anda menerima maklum balas bahawa maklumat akaun bank anda berjaya dikemaskini pada malam Khamis, pembayaran pendapatan anda akan dikeredit pada hari jumaat iaitu pada minggu yang sama

b) Jika anda menerima maklum balas bahawa maklumat akaun bank anda TIDAK berjaya dikemaskini ATAU tidak menerima maklum balas, pembayaran pendapatan anda akan dikredit pada minggu seterusnya pada hari Rabu atau Khamis (Mengikut bank)

FAQ Penyata Pendapatan

Berikut adalah tarikh penerimaan penyata pendapatan anda untuk tahun 2023.

*Jika terdapat kelewatan kami akan maklumkan kepada anda melalui saluran telegram rasmi foodpanda. Sila klik sini jika anda belum mengikuti telegram tersebut. 

Kami akan menghantar penyata pendapatan anda dalam format PDF ke inbox aplikasi pandarider (mengikut jadual di atas).

Anda juga akan menerima penyata pendapatan di e-mel yang anda berdaftar dengan foodpanda.

*Jika anda ingin mengemas kini alamat e-mel anda, sila berbuat demikian sebelum 10 haribulan setiap bulan. Ketahui cara mengemas kini alamat e-mel anda di sini.

Sila semak peti masuk panda rider. Anda akan menerima notifikasi bahawa kami sudah menghantar penyata pendapatan anda di e-mel yang anda berikan.

  • Sila pastikan anda telah mengemas kini e-mel anda. Ketahui cara berikut di sini
  • Sila semak peti masuk spam.
  • Sila pastikan peti masuk anda tidak penuh.

Sila maklumkan kepada kami sebarang perubahan/pelarasan yang perlu dikemaskini dalam tempoh 30 HARI dari tarikh yang anda menerima penyata pendapatan bulanan anda.

Untuk permintaan penghantaran semula penyata pendapatan bulan yang sebelumnya, tarikh permohonan adalah hanya untuk 6 bulan sebelumnya daripada bulan semasa sahaja.

PERHATIAN:

Diingatkan sentiasa mengemaskini maklumat anda dan pastikan maklumat di penyata pendapatan anda adalah tepat agar segala proses pembayaran berjalan dengan lancar.

Dikemaskini pada: 13 Mac 2023