Dengan peningkatan bayaran dinamik terbaru ini, anda akan dibayar secara adil berdasar pada usaha yang anda lakukan.
Anda akan mendapat bayaran yang lebih tinggi untuk jarak penghantaran yang lebih jauh
Bayaran jarak untuk setiap order ditentukan oleh jarak penghantaran untuk order tersebut kerana foodpanda ingin memastikan rider yang rajin dan berprestasi baik dibayar dengan adil.
Keputusan untuk menerima atau menolak pesanan
Dapat melihat jumlah yang anda boleh dapat sebelum menerima pesanan
Jarak kini diambil kira
1.Semakin jauh anda menghantar, semakin banyak yang anda perolehi
Kami faham bahawa sesetengah pesanan lebih jauh daripada yang lain, dan kami mahu memberi insentif yang menarik kepada penunggang kami untuk usaha mereka yang luar biasa.
2.Anda boleh melihat jumlah yang anda boleh dapat untuk setiap pesanan
kami mahu anda tahu jumlah keseluruhan untuk setiap pesanan yang anda lakukan dan jumlah itu ditunjukkan berdasarkan jarak, jenis kenderaan, zon, masa dalam hari, kadar penerimaan dan batch di dalam aplikasi panda rider anda.
3.Anda mempunyai kuasa untuk memilih pesanan yang ingin diterima
Kebebasan adalah milik anda! Tetapi gunakan ciri ini dengan bijak, kerana ini boleh menjejaskan insentif batch anda.
4.Penunggang yang berprestasi baik mempunyai pendapatan yang lebih tinggi
Penunggang berprestasi terbaik kami mendapat insentif tertinggi. Semakin tinggi batch anda, semakin banyak $$$ anda
Kami akan menyusun kedudukan anda secara adil mengikut kriteria tertentu. Batch anda akan menentukan kategori tempahan mengikut batch dan batch 1 akan menjadi kumpulan pertama yang memilih syif.
Tempoh pemarkahan/penilaian anda adalah setiap minggu – bermakna anda boleh mencapai batch yang lebih tinggi dengan lebih cepat. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem pemarkahan.
Menerima pesanan jarak jauh
Semakin jauh perjalanan semakin banyak bayaran yang akan diterima. Kami sentiasa menambah baik untuk memberi lebih banyak pesanan untuk penunggang kami. Ketahui tentang inisiatif baru yang boleh menambah pendapatan anda.
Kekalkan prestasi anda untuk mengekalkan batch ATAU bekerja lebih baik untuk melompat ke batch yang lebih tinggi
Batch yang lebih tinggi menerima bayaran yang lebih untuk pesanan yang diselesaikan. Batch yang lebih tinggi juga dapat memilih syif yang tersedia di zon dengan UTR yang lebih tinggi, meningkatkan peluang anda untuk Quest dan pendapatan yang banyak. Ketahui tentang batch di sini .
Pilih session pada waktu puncak dan pada hujung minggu
Tingkatkan potensi pendapatan anda dengan bekerja pada waktu puncak. Ketahui lebih di sini.
Rujuk rakan anda dan dapatkan bonus tambahan
Ganjaran penghargaan untuk rider dan walker foodpanda yang membawa rakan mereka bekerja dengan kami. Ketahui lebih di sini.
Tips Bonus > Gunakan kalkulator untuk mengetahui potensi pendapatan anda.
Bekerja di zon-zon dengan UTR yang tinggi (order masuk banyak!)
Berikut adalah kawasan atau zon dengan UTR yang tinggi yang tinggiuntuk menjana pendapatan yang lebih TINGGI!
Shah alam
Klcc
Ampang
Subang
Pj
Sri petaling
Setapak
Kd
Bangsar
Kepong
Mt austin
Johor
Bukit indah
Bandar enstek
Bahau
Sendayan
Merlimau
Hang tuah
Alor gajah
Sandakan
Kota kinabalu
Papar
Sibu jaya
Bintulu
Miri
Sitiawan
Teluk intan
Ipoh north
Bukit mertajam
Butterworth
Georgetown
Arau
Bentong
Tanjung lumpur
Cameron highland
Kami mahu memberi bayaran kepada penunggang kami dengan cara yang paling adil. Dengan Skema Pembayaran Dinamik, kami mengambil kira jarak perjalanan anda, jenis kenderaan anda, zon dan masa penghantaran anda, kadar penerimaan dan batch anda.
Ya, insentif anda dikira secara automatik dalam Pembayaran Dinamik berdasarkan jenis kenderaan anda dan zon yang anda hantar. Anda boleh melihat Insentif dan bonus Pencarian mingguan tambahan anda di inbox aplikasi panda rider dan di sini.
Ya! Insentif dan quest dikemas kini setiap minggu. Ketahui lebih di sini.
Ya, anda boleh menolak pesanan dengan menekan (DECLINE) di penjuru kanan. Walau bagaimanapun, sila maklum bahawa ini akan menjejaskan Kadar Penerimaan anda. Menolak pesanan akan menjejaskan tempoh masa penghantaran kepada pelanggan kami dan pelanggan yang marah akan kurang memesan daripada foodpanda. Kami ingin memastikan pelanggan kami gembira, jadi kami sangat menggalakkan anda untuk menerima pesanan apabila mengikut syif
ya. Ketahui lebih lanjut tentang kriteria batch / prestasi anda di sini
Klik di sini untuk ketahu lebih lanjut tentang sistem pembayaran anda.
Anda boleh melihat pendapatan mingguan anda di tab “Pembayaran” di aplikasi panda rider . Klik di sini untuk mengetahui cara berikut.
Ya, anda masih akan dibayar untuk pesanan yang dibatalkan. Jumlah bayaran akan dikira berdasarkan jarak perjalanan ke Pick Up
Dikemaskini pada : 27 Oktober 2022
Maklumat lanjut tentang sistem pembayaran pendapatan dan quest
foodpanda memberikan peluang kepada rider untuk menjana $$$ dengan QUESTS (BONUS) semua rider/walker berpeluang menjana pendapatan yang lebih!Setiap minggu rider boleh mendapatkan Quest (Bonus) dengan
© Copyright foodpanda Rider 2023