General dan Specialised Fleet


Specialised Fleet (sebelum ini dikenali sebagai fleet bekal)

  • Hanya mengambil pesanan daripada vendor yang diperakui Halal dan Mesra Muslim (vendor yang tidak menyajikan daging babi, lemak babi, dan/atau alkohol).
  • Rider akan diberikan satu beg termal berlabel “H” dan satu lagi beg termal tanpa label.

General Fleet

  • Mengendalikan pesanan daripada vendor umum yang menyajikan makanan Mesra Muslim dan Tidak Halal (daging babi, lemak babi, dan/atau alkohol).
  • Rider akan diberikan satu beg termal tanpa label dan satu beg terma umum berlabel “NH”.

Perubahan ini tidak menjejaskan peranan atau waktu kerja anda. Setelah menerima beg baharu, anda boleh terus membuat penghantaran seperti biasa. Kemaskini ini bertujuan untuk meningkatkan peluang penghantaran sambil memastikan pemisahan makanan yang betul.

Namun, penukaran beg adalah wajib bagi semua rider Bekal kecuali di Perlis. Jika anda merupakan sebahagian daripada fleet General, tiada tindakan diperlukan — anda boleh terus bekerja seperti biasa.

Apa yang perlu saya lakukan sekarang?

Jika anda adalah sebahagian daripada rider bekal by foodpanda, anda perlu menukar beg sedia ada kepada set beg rider yang baharu bersama dengan beg dalaman selaras dengan ketetapan fleet baharu. 

Tiada perubahan untuk rider di Perlis, anda boleh terus menggunakan setup bekal sedia ada kerana operasi bekal oleh foodpanda akan kekal aktif di negeri ini.

Mengapa foodpanda membuat keputusan untuk mengoptimumkan perkhidmatan bekal?

Berdasarkan penilaian dalaman bisnes kami akan menstruktur semula strategi:

  • Mengekalkan bekal by foodpanda secara eksklusif di Perlis sahaja.
  • Mengoptimumkan perkhidmatan bagi memperkemas operasi penghantaran.
  • Memastikan penghantaran yang lebih pantas, akses vendor yang lebih meluas, serta pematuhan berterusan terhadap standard keselamatan makanan yang ketat.

Bagi rider, ini bermakna anda akan mendapat akses kepada lebih banyak vendor dan peluang penghantaran — sekaligus membuka lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan sambil mengekalkan mutu perkhidmatan yang cemerlang.

Makluman Penting!

  • Semua beg bekal wajib ditukar ke beg baharu. Rider juga tidak dibenarkan menggunakan uniform bekal selepas ini kecuali Perlis.
  • Semua beg dan uniform mesti berwarna pink foodpanda selaras dengan piawaian fleet.

Adakah ketetapan baharu ini akan menjejaskan pendapatan saya?
Tidak, ketetapan ini diperkenalkan bagi membuka lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan.