Gambar profil anda adalah penting sebagai penunggang foodpanda, Sila pastikan anda memuat naik gambar profil dan seterusnya gambar swafoto.
Ciri- ciri Gambar profil
Sila pastikan anda patuhi semua ciri-ciri berikut;
Pastikan tidak memakai aksesori yang menghalang wajah anda ( contoh : Topi, helmet, cermin mata hitam, pelitup muka dan lain-lain)
Sila berpakaian sopan
Latar belakang gambar profil adalah bewarna putih sahaja
Gambar yang mempunyai “watermark” masih di bolehkan asalkan tidak menutup wajah muka anda
Pastikan wajah muka anda berada ditengah gambar supaya wajah muka anda dapat kelihatan dengan jelas
Ambil gambar di tempat yang terang dan jelas
*Pastikan gambar pengesahan gambar profil ini adalah tepat (ID anda). Ini bermakna, anda bertanggungjawab untuk memastikan ID adalah kepunyaan anda dan hanya anda sahaja yang boleh bekerja. Kegagalan mematuhi syarat ini akan mengakibatkan ID anda digantung
*ketahui lebih maklumat lanjut berkaitan sistem pematuhan, sila klik sini
Gambar Swafoto (Selfie)
Video langkah Pengesahan swafoto (selfie)
Ciri-ciri gambar swafoto (selfie)
Sila pastikan anda patuhi semua ciri-ciri berikut;
Pastikan tidak memakai aksesori yang menghalang wajah anda ( contoh : Topi, helmet, cermin mata hitam, pelitup muka dan lain-lain)
Sila berpakaian sopan
Gambar yang mempunyai “watermark” masih di bolehkan asalkan tidak menutup wajah muka anda
Pastikan wajah muka anda berada ditengah gambar supaya wajah muka anda dapat kelihatan dengan jelas
Ambil gambar di tempat yang terang dan jelas
*Pastikan gambar pengesahan swafoto ini adalah tepat (ID anda). Ini bermakna, anda bertanggungjawab untuk memastikan ID adalah kepunyaan anda dan hanya anda sahaja yang boleh bekerja. Kegagalan mematuhi syarat ini akan mengakibatkan ID anda digantung