Profesionalisme & tingkah laku rider yang cemerlang adalah nilai teras bagi komuniti penghantaran foodpanda. Kegagalan mematuhi nilai-nilai ini boleh menyebabkan penggantungan atau penamatan kontrak.
Bagi memastikan integriti operasi dan melindungi kepentingan pelanggan serta syarikat, mana-mana rider yang didapati terlibat dalam aktiviti penipuan (fraud) akan dikenakan siasatan dalaman. Sekiranya kesalahan disahkan, pihak syarikat berhak mengambil tindakan pelanggaran syarat perkhidmatan, termasuk pelarasan pembayaran bagi menuntut semula sebarang lebihan bayaran (overpayment) yang dibuat secara kesilapan akibat perkhidmatan yang tidak disempurnakan (seperti tetapi tidak terhad kepada kes penipuan/fraud atau perkara yang disenaraikan di bawah), selaras dengan dasar syarikat.
Pesanan ditandakan sebagai telah dihantar di dalam aplikasi, namun pelanggan mengesahkan bahawa makanan tidak diterima.
Membuat tuntutan palsu atau memanipulasi laluan, jarak perjalanan, atau penggunaan lebuhraya bagi mendapatkan bayaran penghantaran yang lebih tinggi.
Mengisytiharkan status UTF walaupun rider berjaya menghubungi atau berjumpa pelanggan, termasuk menerima bayaran COD daripada pelanggan.
Menggunakan aplikasi, perisian, atau kaedah lain untuk memalsukan lokasi GPS sebenar semasa menjalankan penghantaran.
Sekiranya perkhidmatan atau ID rider ditamatkan atas apa-apa sebab sekalipun, syarikat berhak membuat pelarasan terhadap pembayaran anda bagi menuntut semula sebarang lebihan bayaran (overpayment) yang dibuat secara kesilapan akibat perkhidmatan yang tidak disempurnakan.
Tindakan tipu helah di mana rider dan pelanggan bersubahat untuk memanipulasi pesanan demi mendapatkan bayaran penghantaran yang lebih tinggi secara tidak sah (fraud).
Tindakan Pelanggaran Syarat Perkhidmatan – Bergantung kepada tahap kesalahan dan hasil siasatan, syarikat berhak mengambil satu atau lebih tindakan berikut:
Tidak hadir sesi tanpa swap / pembatalan awal bagi sesi yang telah anda pilih secara sukarela dalam jumlah kekerapan yang tinggi yang akan menjejaskan kelancaran perkhidmatan syarikat.
Tidak bank in wang COD mengikut pada waktu yang telah ditetapkan.
Menandakan status pesanan sebagai ‘dihantar’ sebelum pelanggan menerimanya/ pelanggan tidak menerima pesanan selepas status ‘dihantar’ secara kerap.
Bilangan pesanan yang tumpah/ tidak lengkap/ silap dalam kuantiti yang tinggi.
Log masuk sesi pilihan anda dan berkhidmat kurang daripada 30 minit dengan bertujuan untuk memanipulasi tempoh sesi.
Kadar penerimaan pesanan yang terlalu rendah.
Mengambil pause yang terlalu lama semasa berada dalam sesi aktif yang akan menjejaskan kelancaran perkhidmatan syarikat. Sesi aktif anda akan ditamatkan.
Jumlah lewat log-masuk yang tinggi.
Menghabiskan masa yang lama di drop-off & tidak menyelesaikan pesanan.
Jumlah pembatalan pesanan yang tinggi disebabkan pelanggan tidak dapat dijumpai, pelanggan tidak menerima pesanan/ rider tidak dapat dihubungi.
Pembatalan pesanan yang tinggi melalui manual undispatch.
Manual undispatch terjadi apabila:
1) Anda tidak klik ‘terima’ ketika pesanan telah diberikan.
2) Anda tidak bergerak dari tempat anda menerima pesanan.
3) Dispatcher akan undispatch order anda secara manual jika; (Anda terlibat dalam kemalangan, pesanan tersebut telah di-hijack, Kerosakan motosikal, Pelanggan tidak dapat dijumpai)
Jumlah pelanggaran undang-undang keselamatan jalan raya yang tinggi sehingga membahayakan nyawa.
Jumlah aduan yang tinggi daripada pihak pelanggan/ vendor:
•Bersikap kasar/ melibatkan pergaduhan verbal/ fizikal.
•Tidak memberikan baki yang secukupnya.
meminta bayaran tambahan bagi penghantaran.
•Mengambil bayaran bagi pesanan yang telah dibayar secara ‘online’.
•Membuat panggilan/ menghantar mesej bertujuan peribadi & tidak sopan.
•Mendedahkan maklumat peribadi pelanggan di media sosial (nama, no. telefon, item pesanan).
Kegagalan untuk memulangkan item ke tempat vendor dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Kadar kelewatan yang tinggi sehingga menyebabkan pembatalan pesanan..
Jumlah log-masuk yang tinggi menggunakan pelbagai peranti.
Menggunakan kata-kata kesat dan tidak sopan ketika membuat tiket/ spam dalam kekerapan yang tinggi
•Mengajar/ mengajak rider lain membuat sebarang aktiviti penipuan.
•Menyebarkan sentimen negatif/ sengaja menimbulkan kontroversi.
•Bagi kes yang berat, kontrak anda akan ditamatkan.
Melanggar peraturan Ketidakpatuhan Halal yang serius/ Ketidakpatuhan Halal Utama.
Tidak memuatnaik gambar profil di aplikasi pandarider. Klik pautan berikut untuk maklumat lanjut.
Menggunakan akaun pihak ketiga atau membenarkan individu lain (termasuk ahli keluarga) menggunakan akaun anda adalah dilarang demi mencegah penipuan identiti dan memastikan perlindungan insurans.
Sebarang aktiviti penipuan adalah dilarang sama sekali, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kecurian, rompakan, gangguan seksual, perbuatan vandalisme/ merosakkan harta benda awam semasa berada dalam sesi.
Membawa penumpang semasa berada dalam sesi perkhidmatan.
Klausa Penting: Sekiranya anda didapati terlibat dalam mana-mana aktiviti di atas, pihak syarikat berhak untuk menggantung atau menamatkan kontrak perkhidmatan anda dengan serta-merta bergantung kepada kekerapan dan tahap keseriusan pelanggaran dan berhak melakukan pelarasan pembayaran terhadap akaun anda bagi menuntut semula sebarang lebihan bayaran (overpayment) yang dibuat secara kesilapan akibat perkhidmatan yang tidak disempurnakan (seperti tetapi tidak terhad kepada kes penipuan/fraud atau perkara yang disenaraikan). Rayuan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 72 jam dari tarikh dan masa notis penggantungan atau penamatan perkhidmatan dikeluarkan. Sebarang rayuan yang diterima selepas tempoh 72 jam akan dianggap terbatal dan tidak sah.
Pelaporan isu: https://pandariders.my/pelaporan-isu/
Bagi memastikan setiap kes dinilai secara adil dan telus, rider diberikan hak untuk mengemukakan rayuan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Rayuan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 72 jam dari tarikh dan masa notis penggantungan atau penamatan perkhidmatan dikeluarkan.
Sebarang rayuan yang diterima selepas tempoh 72 jam akan dianggap terbatal dan tidak sah.
Pihak pengurusan tidak akan menerima, memproses, atau menjalankan sebarang siasatan lanjut terhadap rayuan yang dikemukakan selepas tamat tempoh yang ditetapkan.
Semua rayuan akan dinilai berdasarkan bukti dan rekod yang berkaitan. Keputusan pihak pengurusan selepas proses semakan adalah muktamad.
Sekiranya anda mempunyai masalah bagi peraturan Ketidakpatuhan Halal yang serius/ Ketidakpatuhan Halal Utama
sila hantarkan isu anda melalui emel halal.compliance@foodpanda.my
Notifikasi mengenai cara untuk memperbaiki batch juga akan dihantar kepada semua rider melalui aplikasi panda rider
© Copyright foodpanda Rider 2023